Our follower

Isnin, 14 November 2011

KERTAS  KERJA  PERTANDINGAN  MEREKAYASA 
BIMBINGAN  DAN  KAUNSELING
PERINGKAT  NEGERI  SEMBILAN  2011

PERTANDINGAN  PEMBINAAN  BLOG

1.0.      PENGENALAN

Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  merupakan  salah satu  perkhidmatan  yang banyak  memainkan peranan  penting  kepada  kecemerlangan  akademik  dan  sahsiah  pelajar. Penggunaan  ICT  dalam  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  dapat  merancakkan  lagi  perkhidmatan  secara  meluas.

Pembinaan  Blog  dalam  menyebarluas  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  membolehkan  pelajar  dapat  mengakses  maklumat  secara  pantas  dan cepat, tanpa  perlu  bersua muka  dengan  guru bimbingan  dan kaunseling.

Penggunaan  Blog  dalam  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  adalah  suatu  inovasi  yang  perlu  diberi perhatian  di kalangan  guru – guru  dan  para pelajar. Dalam  usaha  menghasilkan  blog  yang  berkualiti  dan  berinformasi, kreativiti  dan  ilmu  pengetahuan  dalam n bidang ICT  amatlah  penting.

2.0.      RASIONAL
Pembinaan blog  merupakan  inovasi  dalam  perkhidmatan bimbingan  dan   kaunseling. Penggunaan  blog  dapat  memudahkan  perkongsian  informasi  secara  mudah  dan  cepat, dengan ini  perkhidmatan  dapat  disebar  secara  meluas.  Pembinaan blog  dapat  membina  rangkaian jalinan  sosial  antara  warga pendidik, pelajar  dan  komuniti.

3.0.      OBJEKTIF 
3.1.            Meningkatkan ilmu  pengetahuan  dan  penggunaan  kemudahan  ICT  dalam  perkhidmatan  Bimbingan  dan  kaunseling.
3.2.            Menggalakkan  guru – guru, pelajar  menggunakan  ICT  untuk  mendapat  maklumat  perkhidmatan  bimbingan dan  kaunseling.
3.3.            Membina  rangkain jalinan  sosial  antara  guru  bimbingan  dan kaunseling, rakan – rakan  guru  dan  pelajar.

4.0.            JUSTIFIKASI
4.1.            Informasi  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling, tidak  lagi  bergantung  media  cetak,  tetapi  perlu  diperluaskan  melalui  penggunaan  ICT  supaya  informasinya  berkesan  dan   menarik

5.0.            KAEDAH  PELAKSANAAN
5.1.            Menyediakan  kertas kerja pembinaan  blog
5.2.            Membina  blog  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling
5.3.            Mendaftar  pertandingan  pembinaan  blog.
5.4.            Mengemaskini informasi  dalam  blog perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling.

Ahad, 13 November 2011

Program Bimbingan dan Kaunseling Tahun 2011

PROGRAM  DAN  AKTIVITI  UNIT  BIMBINGAN & KAUNSELING  2011
BIL
AKTIVITI/ PROGRAM
1.
Pendaftaran  Pelajar Tingkatan  Satu & Kelas  Peralihan 2011
2
Minggu  Suaikenal  Pelajar Tingkatan  1  & Kelas  Peralihan
3
Minggu  Haluan   Pelajar  Tingkatan  4
4.
Orientasi  Kepimpinan  Ketua  Kelas  dan  Penolong  Ketua  Kelas
5.
Ceramah  Awal  Remaja  (P)
6.
Ceramah  Awal  Remaja  (L)
7.
Ops. Pelajar  Lewat
8.
Bengkel  Persediaan Menghadapi  Peperiksaan  PMR  2011
9.
Outreach  Program  Kecemerlangan  PMR  dan   SPM  2011
10.
Bengkel  Persediaan Menghadapi  Peperiksaan  SPM  2011
11.
Program  Bina  Insan
12.
Bengkel  Kemahiran  Belajar
13.
Pameran  Peluang  Pendidikan Tinggi, Latihan  Kemahiran   dan  Kerjaya 
14.
Kursus   Kepimpinan   Pengawas 
15.
Ceramah Gaya  Hidup Sihat
16.
Program  Motivasi    SPM  2011
17
Program  Motivasi  Solat  Tingkatan   3
18.
Taklimat  Peluang  Pendidikan  Selepas  PMR  2011
19.
Program  Pendidikan  Pencegahan  Dadah (PPDa)
20.
Program  Motivasi  Solat  Tingkatan  5
21.
Ceramah  Jati  Diri
22.
Bengkel  Teknik  Menjawab  Soalan  Peperiksaan  PMR / SPM 2011
23.
Program  Motivasi  PMR  2011
24.
 Outreah  Maklumat  Kerjaya
25
Ceramah  Kerjaya 
26
Taklimat  Peluang  Pendidikan  Selepas  SPM
27.
Majlis  Restu  Ilmu  Calon  PMR  2011
28
Kembara Ke Menara Gading
29
Majlis  Graduasi  dan   Restu  Ilmu   Calon  SPM 2011
30
Program Selepas Peperiksaan PMR dan Akhir Tahun
Terima kasih  di atas  kerjasama  guru - guru  dan pelajar yang  menjayakan  semua  aktiviti yang  dirancang oleh  Unit Bimbingan & Kaunseling.
Selamat Maju Jaya. 




Rabu, 9 November 2011

Guru Bimbingan dan Kaunseling

1. Nama  : En. Md. Idris  bin  Hj. Jusoh
    Asal     : Kuala  Terengganggu, Terengganu.
    Pendidikan  :
    Sarjana  Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling, UKM, 2007)
    Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling, UPM, 1998)
    Sijil Perguuruan Asas (MPTAA, 1989)
   Pengalaman Mengajar :
   SMK  Dato' Hj. Mohd Redza, Seremban (1998 - kini)
   SRK Seksyen 17, Shah Alam, Selangor (1993 - 1998)
   SRK Damansara Jaya (2), Petaling  Jaya, Selangor (1991 - 1993)
   SK Bangau - Bangau, Semporna, Sabah (1989 - 1991)
                                                                        
Anugerah/Pencapaian :
Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) 2004
Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling, 2008

2. Nama  :  Pn. Sarimah  bt. Deli

    Asal    :  Miri, Sarawak
    Pendidikan  :
    Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling, UPM 2001
    Sijil Perguuruan Asas (MPSM, Miri, Sarawak, 1993)
   Pengalaman mengajar :
   SMK  Dato' Hj. Mohd Redza, Seremban (2004 - kini)
   SMK Baru  Miri, Sarawak (1994 - 1995)
   SMK Chun Hwa, Seremban (1995 - 2003)
                                   
Anugerah/Pencapaian :
Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) 2009



3. Nama : Hj. Mohamed Anuar  b. Yusof
    Asal   : Perak, dibesarkan di Negeri Sembilan
    Pendidikan :
    Sarjana Pendidikan Pengurusan  Pendidikan (UKM)
    Diploma Kepengetuaan (IAB)
    Baclor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling, UPM)
    Diploma Bimbingan & Kaunseling (IPSI)
    Sijil Perguruan Asas (MP Lembah Pantai, K.Lumpur)
    Pengalaman :
    Pensyarah Maktab Perguruan Gaya  di Sabah,
                       

Kenapa Kemahiran Belajar Penting ?

Pengalaman  belajar di sekolah  perlu dilalui  oleh  semua  murid. Seawal  usia  5 tahun, mereka  belajar di Pra-sekolah, kemudian usia  antara 7 - 12 tahun  di sekolah  rendah, seterusnya  usia  antara  13 - 19 tahun  di sekolah  menengah  manakala  usia  19  tahun  ke atas  di institusi  pengajian  tinggi  awam  atau  swasta.

Semasa  belajar di sekolah  rendah  dan  sekolah  menengah, perkara  penting  yang  jarang  diambil  perhatian  oleh  sebilangan  pelajar  adalah  kemahiran  belajar. Masih  ramai  pelajar  yang  tidak  mengetahui  tentang amalan  kemahiran  belajar  yang  betul. Pelajar  biasa, belajar cara  biasa, keputusannya  pertengahan  sahaja, tetapi  pelajar  biasa, belajar  luar biasa  menggunakan  kemahiran  belajar  yang  betul  dan  berkesan, Insya Allah  akan  mendapat  keputusan  yang  cemerlang.

Kajian  mendapati,  99% pelajar  yang  berjaya dengan  cemerlang  dalam  peperiksaan  terdiri  dari  pelajar  yang  belajar  menggunakan  kemahiran  belajar  yang  betul  dan  berkesan, hanya  1 %  sahaja

Bagaimanakan  dengan  keputusan  peperiksaan  akhir  tahun  anda !  Adakah  anda  tergolong  pelajar yang  cemerlang,  sederhana  atau  lemah ?. Adakah anda  mengetahui  dan  mengamalkan  kemahiran  belajar  yang  betul  dan  berkesan ?  Guru Bimbingan  dan  Kaunseling  sekolah anda  sedia  membantu... Berbincanglah  dengan  mereka...

Selasa, 8 November 2011

Selasa, 1 November 2011

SEBARKAN SALAM


Sumber: zahazan.net

PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.
Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )
Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :
  1. Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
  2. Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)
  3. Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
  • Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
  • Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
  • Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
  • Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
  • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
  • Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
  • Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
  • Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
  • Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
  • Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.
Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.
Sumber: Al-Azkar  dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.Terperinci, sila rujuk dalam majalah Solusi isu 13 (Nov. 2009)
http://paksi.net

Khamis, 27 Oktober 2011

Enam Kumpulan Murid

Setiap murid yang bersekolah perlu mengenali status dirinya sebagai murid sekolah seterusnya, peranannya dalam masyarakat sebelum mereka  menamatkan  alam persekolahan. Pada umumnya terdapat 6 kumpulan murid :-

1. Murid Akademik Cemerlang, Akhlak Mulia
2. Murid Akademik Sederhana, Akhlak Mulia
3. Murid Akademik Lemah, Akhlak Mulia
4. Murid Akademik Cemerlang, Akhlak Buruk
5. Murid Akademik Sederhana, Akhlak Buruk
6. Murid Akademik Lemah, Akhlak Buruk.
Renungilah dan fikirkan bersama, di manakah anda ingin meletakkan diri anda dalam  masyarakat, kini  dan  akan  datang,  Selamat berjaya.

PENGURUSAN MASA CUTI SEKOLAH

MASA  Cuti  Sekolah 

  • Saat yang ditunggu oleh  para  ibubapa 
  • Saat paling  berharga  untuk  ibu bapa meningkatkan kasih sayang  dan ikatan kekeluargaan.
  • Tanggungjawab  ibu bapa  mendidik  anak - anak   supaya  mengamalkan  gaya hidup  yang  Islam.
  • Kegembiraan para  pelajar   terlepas dari beban belajar  tidak  boleh disalah ertikan.
  • Tidak terikat dengan disiplin/ peraturan sekolah 
  • Ibubapa dapat meluangkan masa / melepaskan rindu kepada anak-anak yang tinggal berjauhan 


Maksudnya,
Ada dua nikmat kurniaan Allah yang disia-siakan oleh ramai orang iaitu kesihatan dan  masa lapang.

"اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ , شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ ،
وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقَرِكَ
، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ , وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ "  
Maksudnya,
Ambilah kesempatan untuk kebaikan, lima (keadaan atau masa) sebelum datang lima (keadaan atau masa), masa muda kamu sebelum tua, masa sihat kamu sebelum sakit, masa senang kamu sebelum susah, masa lapang kamu sebelum sibuk, dan masa hayat kamu dikandung badan sebelum meninggal dunia. 

AKTIVITI  SEMASA  CUTI  SEKOLAH
  • Semasa  Berada Di Luar Rumah 
  • Semasa  Berada Di Rumah 
  • Mengziarahi  Kawan. Hadir Kelas   Tambahan,melancong Dll
  • Pastikan Mereka Tunai Kewajipan Agama
  • Solat Lima Waktu 
  • Tanggungjawab  Ibu Bapa Ketika  Anak  Berada Di Rumah 
  • Membiasakan Solat Berjamaah 
  • Menghafaz  wirid, zikir, doa 
  • Membaca  Al – Quran. 
  • Riadhah Bersama 
  • Sarapan Bersama  keluarga

Tanggunjawab Ibu Bapa  Bersama   Anak – anak
  • Melatih  dan  memberi  pendedahan Kemahiran   Berwudhu’, Besolat, Membaca Dan Menghafaz Al Quran  dengan  bantuan  adik - adik  di rumuah  atau  menghantar kepada  guru Al-Quran
  • Jika  ibu bapa  berkemampuan hantarlah  anak - anak  ke pelbagai  program motivasi,  seperti  program  motivasi  Al-Quran. Motivasi  diri  dan  sebagainya.

Tanggungjawab  Ibu Bapa Ketika  Anak  Berada Di Luar Rumah 
  • Memastikan  anak – anak  menjaga  akhlak
  • Memastikan  anak – anak  menjaga  nama  baik  keluarga 
  • Menydiakan  peraturan  atau syarat  tertentu sebagai  peringatan.
  • Mengenalpasti  siapa rakan  sebaya  anak - anak.
  • Memastikan  anak – anak  keluar  rumah   dengan  tujuan  yang  baik  dan tempoh  masa  tertentu.
  • Memastikan  mereka  Solat Jemaah  Di Masjid Atau Surau.  
  • Jangan  membiarkan  anak – anak  keluar  waktu  malam   untuk   bertemu rakan – rakan, di luar  kawasan  rumah.
  • Jika  perlu, hantar  terus  ke rumah  rakan  anak – anak.
  • Mendidik  anak – anak  supaya  mereka   menjadi   anak – anak    yang  Soleh. 
 Selamat Bercuti.

BELAJAR SECARA BERKESAN

BAGAIMAN  BELAJAR  SECARA  BERKESAN. 

Apakah konsep pembelajaran  secara  berkesan?  Pembelajaran secara  berkesan adalah pembelajaran yang mencapai mutu tinggi dalam mengingati fakta, memahami konsep dan kebolehan mengguna, mengolah serta menganalisis fakta dan konsep pada semua kemungkinan. Aspek yang perlu diberikan perhatian untuk mencapai  pembelajaran secara  berkesan:

1. NIAT  DAN  MATLAMAT
Niat  dan  matlamat  datang daripada hati. Niat yang  ikhlas  kerana  Allah  s.w.t.  adalah  kunci  keberkataan  belajar. Matlamat  adalah  pendorong yang kuat  untuk  mencapai  keinginan.  Cita - cita  atau  sasaran  belajar  berkaitrapat  dengan matlamat seseorang. Cita-cita mesti berasaskan alam nyata dan mestilah suatu yang boleh dicapai.
Cita-cita harus selari dengan bidang kursus anda supaya tidak melambatkan usaha mencapainya.

2. SIKAP
Sikap merupakan pandangan serta perbuatan yang  terbentuk  dari  pengalaman, pemiikiran, emosi  disusuli  ddengan  tindakan

2.1.  Sikap positif
a) Yakin akan kebolehan dan usaha sendiri.
b) Ingin tahu dan tidak malu bertanya.
c). Pencapaian lemah dalam ujian dijadikan pemangkin untuk meningkatkan usaha dan azam.
d. Berdisiplin iaitu mengikut perancangan.
v. Mengutamakan pembelajaran jika masa itu diperuntukkan untuk belajar.
vi. Bersedia menerima teguran dan nasihat membina.
vii. Menyelesaikan kerja secepat mungkin.
viii. Sentiasa bersikap bersedia.
ix. Tawakal.

2.2. Sikap negatif
i. Ragu-ragu atau terlalu yakin akan kebolehan sendiri.
ii. Malu bertanya.
iii. Pencapaian lemah dianggap kegagalan muktamad.
iv. Belajar secara mengikut  mood
v. Mudah mengalihkan perhatian kepada perkara lain selain pembelajaran.
vi. Tidak peka  pada   teguran
vii.  Enggan   menerima   nasihat.
vii. Suka menangguhkan kerja.
viii. Malas  berusaha.
xi. Menyerah kepada nasib semata-mata.

3. PENGURUSAN MASA

i. Perencanaan masa
Rahsia orang yang berjaya adalah pengurusan masa yang cekap bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan.

ii. Perencanaan masa secara realistik.
Pelajar harus mengetahui kegiatan dan masa yang diambil untuk melakukan aktivitinya setiap hari.
Cara yang boleh dilakukan ialah dengan mencatatkan setiap kegiatan dalam tempoh seminggu.
Sekiranya sesuatu perancangan tidak realistik, pelajar boleh mengubahnya.
Umpamanya, jika waktu makan dijadualkan 15 minit,  tetapi pelajar mengambil 30 minit, ia tentu menjejaskan kegiatan lain seperti berehat atau bermain. Oleh itu, pelajar harus mengubahnya, sesuai dengan keperluan.

iii. Mengoptimumkan perencanaan
Pelajar mesti mengambil kira bila dirinya cergas serta bersedia untuk belajar dia bila pula dia memerlukan rehat.
Kajian ahli psikologi mendapati kitaran masa terbaik untuk pembelajaran adalah satu jam belajar dan 10 minit rehat.

iv. Masa Menunaikan  Ibadat
Pelajar  yang  berjaya, perlu  memperuntukan  masa  untuk  melaksanakan  ibadat, seperti  solat Fardu, solat sunat, membaca  Al-Quran  dan  berzikir.

4. PENUMPUAN
Kurang penumpuan boleh menyebabkan pembaziran masa.  Sebaik-baiknya jangan berbelah bahagi perhatian otak sehingga menjejaskan tumpuan.

i. Tubuh yang segar
Tumpuan boleh terjejas jika pelajar berada dalam keadaan tidak sihat atau lapar. Pelajar  perlu tidur dan rehat yang cukup.

ii. Mengantuk
Ramai pelajar masih mengantuk walaupun mempunyai masa tidur yang cukup. Jalan terbaik ialah dengan melawan perasaan mengantuk itu. Antara caranya ialah dengan tidur sekejap untuk menjadi badan segar semula.
Mungkin juga anda boleh bersenam sebentar, bergantung kepada kesesuaian diri.
Jangan cuba atasi masalah ini dengan mengambil ubat atau pil.  Pelajar boleh membahagikan waktu pembelajaran antara matapelajaran yang diminati dengan yang tidak diminati.

iii. Kelesuan fikiran
Perasaan ini berpunca daripada rasa bosan yang lazim dilalui ketika belajar atau membaca.
Ia boleh diatasi dengan menukar kegiatan seperti membaca majalah. Jika percubaan itu berjaya, ertinya dia lesu kerana bosan.

5. BERDOA
Ada  sebilangan  pelajar  hanya  berdoa  ketika  tertentu  sahaja  semasa  belajar, Amalan  sedemikian  adalah  salah. Kita hendaklah  sepanjang  masa  berdoa  sebelum  membuat  suatu  aktiviti. Sekurang - kurangnya  menyebut  بسم الرحمن  الرحيم   sebelum  melakukan  aktiviti  yang  baik  dan   bermanfaat. Semoga  aktiviti  yang  dilakukan  diberkati  dan  diredhai Allah  s.w.t.


6. ISTIQAMAH
Mengulangkaji  perlu  dilakukan  secara  Istiqamah  (berterusan), walaupun  sedikit. Pelajar  yang  berazam  untuk  berjaya  perlu istiqamah  dalam  belajar. Sekurang - kurangnya 4 - 5 jam  sehari. Masa  belajar  dipertingkatkan  apabila  menjelang hari  peperiksaan  9 - 10 jam  sehari.


7.  PELBAGAIKAN  AKTIVITI  BELAJAR
Pelajar  perlu  mempelbagaikan  antiviti  belajar  dan  mengulangkaji. Antaranya  adakan rakan belajar, belajar secara kumpulan, perbincangan, latihan, membuat nota, menjawab kuiz  dan  lain - lain  lagi.  Dengan  ini, pembelajaran  lebih  menarik  dan  berkesan.

SELAMAT  BERAMAL   SEMOGA   BERJAYA

Rabu, 19 Oktober 2011

Program Selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Musim peperiksaan akhir tahun 2011 hampir berakhir. Ramai pelajar mula  berfikir apakah aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang  selepas peperiksaan akhir tahun. Guru - guru  telah merancang aktiviti  untuk diisi dalam  program selepas peperiksaan. Berikut  adalah  beberapa  cadangan  aktiviti  yang akan dijalankan  semasa  Program Selepas Peperiksaan  Akhir Tahun 2011.
1. Program Bina Insan
2. Bengkel  kesedaran kokurikulum
3.Pertandingan kereta kawalan jauh
4. Demontrasi  mengayam ketupat
5. Pameran ubat - ubatan KKM
6..Liga  Futsal
7. Liga Bola Jaring
8. Liga Bola Baling
9. Fastival  Nasyid
10. Fastival  Powerpoint.
Rebutlah peluang penyertaan, hadiah  menarik  menanti anda.
Keterangan  lanjut  Sila hubungi  Guru  Bimbingan & Kaunseling.
Selamat berjaya.

Pengetua SMKJS... SMKDHMR

Nama Pengetua SMKJS (1990 - 1998)  SMKDHMR (1998 - kini)

  1. En. Abdul Malik  bin  Kahar        (1990 – 1992)
  2. En. Shahidan  bin  Mokhtar         (Jan 1992 –Okt. 1992)
  3. Tn. Haji  Zabidi  bin  Haji Mohd Shariff (1992 – 1997)
  4. Allahyarham  Tn.  Haji Jaafar  bin  Abdullah (1997 – 1998)
  5. Pn. Hjh Rokiah  bt.  Alias              (Mac 1998 – Mei  1998)
  6. En. Shahidan  bin  Mokhtar         (Mei 1998 – Dis.  1998)
  7. Pn. Hjh Asmah bt.  Yahya             (Dis. 1998 – Sept.  2004)
  8. Pn. Hjh Siti Rohani bt.  Shamsudin (Sept. 2004 – Apr. 2007) 
  9. Pn. Norpisah bt .  Md Nor            (Jun 2007 – Kini)