Our follower

Khamis, 27 Oktober 2011

Enam Kumpulan Murid

Setiap murid yang bersekolah perlu mengenali status dirinya sebagai murid sekolah seterusnya, peranannya dalam masyarakat sebelum mereka  menamatkan  alam persekolahan. Pada umumnya terdapat 6 kumpulan murid :-

1. Murid Akademik Cemerlang, Akhlak Mulia
2. Murid Akademik Sederhana, Akhlak Mulia
3. Murid Akademik Lemah, Akhlak Mulia
4. Murid Akademik Cemerlang, Akhlak Buruk
5. Murid Akademik Sederhana, Akhlak Buruk
6. Murid Akademik Lemah, Akhlak Buruk.
Renungilah dan fikirkan bersama, di manakah anda ingin meletakkan diri anda dalam  masyarakat, kini  dan  akan  datang,  Selamat berjaya.

PENGURUSAN MASA CUTI SEKOLAH

MASA  Cuti  Sekolah 

  • Saat yang ditunggu oleh  para  ibubapa 
  • Saat paling  berharga  untuk  ibu bapa meningkatkan kasih sayang  dan ikatan kekeluargaan.
  • Tanggungjawab  ibu bapa  mendidik  anak - anak   supaya  mengamalkan  gaya hidup  yang  Islam.
  • Kegembiraan para  pelajar   terlepas dari beban belajar  tidak  boleh disalah ertikan.
  • Tidak terikat dengan disiplin/ peraturan sekolah 
  • Ibubapa dapat meluangkan masa / melepaskan rindu kepada anak-anak yang tinggal berjauhan 


Maksudnya,
Ada dua nikmat kurniaan Allah yang disia-siakan oleh ramai orang iaitu kesihatan dan  masa lapang.

"اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ , شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ ،
وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقَرِكَ
، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ , وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ "  
Maksudnya,
Ambilah kesempatan untuk kebaikan, lima (keadaan atau masa) sebelum datang lima (keadaan atau masa), masa muda kamu sebelum tua, masa sihat kamu sebelum sakit, masa senang kamu sebelum susah, masa lapang kamu sebelum sibuk, dan masa hayat kamu dikandung badan sebelum meninggal dunia. 

AKTIVITI  SEMASA  CUTI  SEKOLAH
  • Semasa  Berada Di Luar Rumah 
  • Semasa  Berada Di Rumah 
  • Mengziarahi  Kawan. Hadir Kelas   Tambahan,melancong Dll
  • Pastikan Mereka Tunai Kewajipan Agama
  • Solat Lima Waktu 
  • Tanggungjawab  Ibu Bapa Ketika  Anak  Berada Di Rumah 
  • Membiasakan Solat Berjamaah 
  • Menghafaz  wirid, zikir, doa 
  • Membaca  Al – Quran. 
  • Riadhah Bersama 
  • Sarapan Bersama  keluarga

Tanggunjawab Ibu Bapa  Bersama   Anak – anak
  • Melatih  dan  memberi  pendedahan Kemahiran   Berwudhu’, Besolat, Membaca Dan Menghafaz Al Quran  dengan  bantuan  adik - adik  di rumuah  atau  menghantar kepada  guru Al-Quran
  • Jika  ibu bapa  berkemampuan hantarlah  anak - anak  ke pelbagai  program motivasi,  seperti  program  motivasi  Al-Quran. Motivasi  diri  dan  sebagainya.

Tanggungjawab  Ibu Bapa Ketika  Anak  Berada Di Luar Rumah 
  • Memastikan  anak – anak  menjaga  akhlak
  • Memastikan  anak – anak  menjaga  nama  baik  keluarga 
  • Menydiakan  peraturan  atau syarat  tertentu sebagai  peringatan.
  • Mengenalpasti  siapa rakan  sebaya  anak - anak.
  • Memastikan  anak – anak  keluar  rumah   dengan  tujuan  yang  baik  dan tempoh  masa  tertentu.
  • Memastikan  mereka  Solat Jemaah  Di Masjid Atau Surau.  
  • Jangan  membiarkan  anak – anak  keluar  waktu  malam   untuk   bertemu rakan – rakan, di luar  kawasan  rumah.
  • Jika  perlu, hantar  terus  ke rumah  rakan  anak – anak.
  • Mendidik  anak – anak  supaya  mereka   menjadi   anak – anak    yang  Soleh. 
 Selamat Bercuti.

BELAJAR SECARA BERKESAN

BAGAIMAN  BELAJAR  SECARA  BERKESAN. 

Apakah konsep pembelajaran  secara  berkesan?  Pembelajaran secara  berkesan adalah pembelajaran yang mencapai mutu tinggi dalam mengingati fakta, memahami konsep dan kebolehan mengguna, mengolah serta menganalisis fakta dan konsep pada semua kemungkinan. Aspek yang perlu diberikan perhatian untuk mencapai  pembelajaran secara  berkesan:

1. NIAT  DAN  MATLAMAT
Niat  dan  matlamat  datang daripada hati. Niat yang  ikhlas  kerana  Allah  s.w.t.  adalah  kunci  keberkataan  belajar. Matlamat  adalah  pendorong yang kuat  untuk  mencapai  keinginan.  Cita - cita  atau  sasaran  belajar  berkaitrapat  dengan matlamat seseorang. Cita-cita mesti berasaskan alam nyata dan mestilah suatu yang boleh dicapai.
Cita-cita harus selari dengan bidang kursus anda supaya tidak melambatkan usaha mencapainya.

2. SIKAP
Sikap merupakan pandangan serta perbuatan yang  terbentuk  dari  pengalaman, pemiikiran, emosi  disusuli  ddengan  tindakan

2.1.  Sikap positif
a) Yakin akan kebolehan dan usaha sendiri.
b) Ingin tahu dan tidak malu bertanya.
c). Pencapaian lemah dalam ujian dijadikan pemangkin untuk meningkatkan usaha dan azam.
d. Berdisiplin iaitu mengikut perancangan.
v. Mengutamakan pembelajaran jika masa itu diperuntukkan untuk belajar.
vi. Bersedia menerima teguran dan nasihat membina.
vii. Menyelesaikan kerja secepat mungkin.
viii. Sentiasa bersikap bersedia.
ix. Tawakal.

2.2. Sikap negatif
i. Ragu-ragu atau terlalu yakin akan kebolehan sendiri.
ii. Malu bertanya.
iii. Pencapaian lemah dianggap kegagalan muktamad.
iv. Belajar secara mengikut  mood
v. Mudah mengalihkan perhatian kepada perkara lain selain pembelajaran.
vi. Tidak peka  pada   teguran
vii.  Enggan   menerima   nasihat.
vii. Suka menangguhkan kerja.
viii. Malas  berusaha.
xi. Menyerah kepada nasib semata-mata.

3. PENGURUSAN MASA

i. Perencanaan masa
Rahsia orang yang berjaya adalah pengurusan masa yang cekap bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan.

ii. Perencanaan masa secara realistik.
Pelajar harus mengetahui kegiatan dan masa yang diambil untuk melakukan aktivitinya setiap hari.
Cara yang boleh dilakukan ialah dengan mencatatkan setiap kegiatan dalam tempoh seminggu.
Sekiranya sesuatu perancangan tidak realistik, pelajar boleh mengubahnya.
Umpamanya, jika waktu makan dijadualkan 15 minit,  tetapi pelajar mengambil 30 minit, ia tentu menjejaskan kegiatan lain seperti berehat atau bermain. Oleh itu, pelajar harus mengubahnya, sesuai dengan keperluan.

iii. Mengoptimumkan perencanaan
Pelajar mesti mengambil kira bila dirinya cergas serta bersedia untuk belajar dia bila pula dia memerlukan rehat.
Kajian ahli psikologi mendapati kitaran masa terbaik untuk pembelajaran adalah satu jam belajar dan 10 minit rehat.

iv. Masa Menunaikan  Ibadat
Pelajar  yang  berjaya, perlu  memperuntukan  masa  untuk  melaksanakan  ibadat, seperti  solat Fardu, solat sunat, membaca  Al-Quran  dan  berzikir.

4. PENUMPUAN
Kurang penumpuan boleh menyebabkan pembaziran masa.  Sebaik-baiknya jangan berbelah bahagi perhatian otak sehingga menjejaskan tumpuan.

i. Tubuh yang segar
Tumpuan boleh terjejas jika pelajar berada dalam keadaan tidak sihat atau lapar. Pelajar  perlu tidur dan rehat yang cukup.

ii. Mengantuk
Ramai pelajar masih mengantuk walaupun mempunyai masa tidur yang cukup. Jalan terbaik ialah dengan melawan perasaan mengantuk itu. Antara caranya ialah dengan tidur sekejap untuk menjadi badan segar semula.
Mungkin juga anda boleh bersenam sebentar, bergantung kepada kesesuaian diri.
Jangan cuba atasi masalah ini dengan mengambil ubat atau pil.  Pelajar boleh membahagikan waktu pembelajaran antara matapelajaran yang diminati dengan yang tidak diminati.

iii. Kelesuan fikiran
Perasaan ini berpunca daripada rasa bosan yang lazim dilalui ketika belajar atau membaca.
Ia boleh diatasi dengan menukar kegiatan seperti membaca majalah. Jika percubaan itu berjaya, ertinya dia lesu kerana bosan.

5. BERDOA
Ada  sebilangan  pelajar  hanya  berdoa  ketika  tertentu  sahaja  semasa  belajar, Amalan  sedemikian  adalah  salah. Kita hendaklah  sepanjang  masa  berdoa  sebelum  membuat  suatu  aktiviti. Sekurang - kurangnya  menyebut  بسم الرحمن  الرحيم   sebelum  melakukan  aktiviti  yang  baik  dan   bermanfaat. Semoga  aktiviti  yang  dilakukan  diberkati  dan  diredhai Allah  s.w.t.


6. ISTIQAMAH
Mengulangkaji  perlu  dilakukan  secara  Istiqamah  (berterusan), walaupun  sedikit. Pelajar  yang  berazam  untuk  berjaya  perlu istiqamah  dalam  belajar. Sekurang - kurangnya 4 - 5 jam  sehari. Masa  belajar  dipertingkatkan  apabila  menjelang hari  peperiksaan  9 - 10 jam  sehari.


7.  PELBAGAIKAN  AKTIVITI  BELAJAR
Pelajar  perlu  mempelbagaikan  antiviti  belajar  dan  mengulangkaji. Antaranya  adakan rakan belajar, belajar secara kumpulan, perbincangan, latihan, membuat nota, menjawab kuiz  dan  lain - lain  lagi.  Dengan  ini, pembelajaran  lebih  menarik  dan  berkesan.

SELAMAT  BERAMAL   SEMOGA   BERJAYA

Rabu, 19 Oktober 2011

Program Selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Musim peperiksaan akhir tahun 2011 hampir berakhir. Ramai pelajar mula  berfikir apakah aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang  selepas peperiksaan akhir tahun. Guru - guru  telah merancang aktiviti  untuk diisi dalam  program selepas peperiksaan. Berikut  adalah  beberapa  cadangan  aktiviti  yang akan dijalankan  semasa  Program Selepas Peperiksaan  Akhir Tahun 2011.
1. Program Bina Insan
2. Bengkel  kesedaran kokurikulum
3.Pertandingan kereta kawalan jauh
4. Demontrasi  mengayam ketupat
5. Pameran ubat - ubatan KKM
6..Liga  Futsal
7. Liga Bola Jaring
8. Liga Bola Baling
9. Fastival  Nasyid
10. Fastival  Powerpoint.
Rebutlah peluang penyertaan, hadiah  menarik  menanti anda.
Keterangan  lanjut  Sila hubungi  Guru  Bimbingan & Kaunseling.
Selamat berjaya.

Pengetua SMKJS... SMKDHMR

Nama Pengetua SMKJS (1990 - 1998)  SMKDHMR (1998 - kini)

  1. En. Abdul Malik  bin  Kahar        (1990 – 1992)
  2. En. Shahidan  bin  Mokhtar         (Jan 1992 –Okt. 1992)
  3. Tn. Haji  Zabidi  bin  Haji Mohd Shariff (1992 – 1997)
  4. Allahyarham  Tn.  Haji Jaafar  bin  Abdullah (1997 – 1998)
  5. Pn. Hjh Rokiah  bt.  Alias              (Mac 1998 – Mei  1998)
  6. En. Shahidan  bin  Mokhtar         (Mei 1998 – Dis.  1998)
  7. Pn. Hjh Asmah bt.  Yahya             (Dis. 1998 – Sept.  2004)
  8. Pn. Hjh Siti Rohani bt.  Shamsudin (Sept. 2004 – Apr. 2007) 
  9. Pn. Norpisah bt .  Md Nor            (Jun 2007 – Kini)

Selasa, 18 Oktober 2011

Kenali Sekolah Anda

SMK Dato' Haji Mohd Redza, Seremban  adalah  sebuah kompleks pendidikan mempunyai  sejarahnya  sendiri. Nama asalnya SMK Jalan Sikamat (SMKJS). Sekolah  ini  mula  beroperasi pada tahun 1990. Bangunan sekolah ini telah digunakan oleh  beberapa  pihak  antaranya, Tahun 1964 - 1970, Pusat Latihan Harian Guru - guru Sekolah Rendah Daerah, Seremban. Tahun 1970, Bangunan Tambahan SMK King George V, Seremban. Tahun 1971 - 1972, Asrama Tambahan, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Tahun 1973 - 1989, Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Pada 1 Disember 1990, SMK Jalan Sikamat, kemudian pada 1 Januari 1998, ditukarkan kepada SMK Dato' Haji Mohd Redza, Seremban.

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Tahun 2011, kepada semua pelajar khususnya pelajar SMK Dato' Hj. Mohd Redza, Seremban. Terutamanya Pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 2, Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan.

Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4, telah bermula pada 10 November, diikuti Tingkatan 2,1 dan peralihan. Ulangkaji sebaik - baiknya, gunakan masa yang ada dengan sebaiknya untuk ulangkaji.

Ingatlah, kita jangan tertipu kekapangan waktu yang ada dengan membuat perkara yang tidak menguntungkan di dunia, tetapi rugi di akhira. Nauzubillah....

jadi rebutlah peluang yang ada.....

Majlis Graduasi SPM 2011 akan diadakan di Alson Klana Resort, Seremban. Pada 4 November 2011, jam 2.30 petang. Pelajar Tingkatan Lima yang beerminat, hubungi segera Cikgu Nor Ashila atau Cikgu Rahman. Selamat Bergraduasi....

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKDHMR 2011, akan diadakan di sekolah pada 10 November 2011. Selamat menjawab peperiksaan akhir tahun.....
Rebutlah peluang menjadi pelajar bertuah mendapat Hadiah semperna Hari anugerah Kecemerlangan Akademik sepanjang zaman....Insya Allah. Dengan kesungguhan berusaha, ibadat dan doa dipanjatkan... kejayaan akan menanti di masa depan....

"Barangsiapa inginkan kecemerlangan hidup di dunia hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan kecemerlangan hidup di akhirat pun hendaklah dengan ilmu" (maksud Hadis Rasulullah s.a.w)

Salam Perkenalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركلته
Salam Perkenalan.
Selamat Melayari blog Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Dato' Hj. Mohd Redza,
Seremban. Teristimewa untuk para pelajar yang dikasihi sekalian. Semoga maklumat yang disajikan memberi manfaat kepada semua.

Sekian, wasalam.