Our follower

Khamis, 27 Oktober 2011

BELAJAR SECARA BERKESAN

BAGAIMAN  BELAJAR  SECARA  BERKESAN. 

Apakah konsep pembelajaran  secara  berkesan?  Pembelajaran secara  berkesan adalah pembelajaran yang mencapai mutu tinggi dalam mengingati fakta, memahami konsep dan kebolehan mengguna, mengolah serta menganalisis fakta dan konsep pada semua kemungkinan. Aspek yang perlu diberikan perhatian untuk mencapai  pembelajaran secara  berkesan:

1. NIAT  DAN  MATLAMAT
Niat  dan  matlamat  datang daripada hati. Niat yang  ikhlas  kerana  Allah  s.w.t.  adalah  kunci  keberkataan  belajar. Matlamat  adalah  pendorong yang kuat  untuk  mencapai  keinginan.  Cita - cita  atau  sasaran  belajar  berkaitrapat  dengan matlamat seseorang. Cita-cita mesti berasaskan alam nyata dan mestilah suatu yang boleh dicapai.
Cita-cita harus selari dengan bidang kursus anda supaya tidak melambatkan usaha mencapainya.

2. SIKAP
Sikap merupakan pandangan serta perbuatan yang  terbentuk  dari  pengalaman, pemiikiran, emosi  disusuli  ddengan  tindakan

2.1.  Sikap positif
a) Yakin akan kebolehan dan usaha sendiri.
b) Ingin tahu dan tidak malu bertanya.
c). Pencapaian lemah dalam ujian dijadikan pemangkin untuk meningkatkan usaha dan azam.
d. Berdisiplin iaitu mengikut perancangan.
v. Mengutamakan pembelajaran jika masa itu diperuntukkan untuk belajar.
vi. Bersedia menerima teguran dan nasihat membina.
vii. Menyelesaikan kerja secepat mungkin.
viii. Sentiasa bersikap bersedia.
ix. Tawakal.

2.2. Sikap negatif
i. Ragu-ragu atau terlalu yakin akan kebolehan sendiri.
ii. Malu bertanya.
iii. Pencapaian lemah dianggap kegagalan muktamad.
iv. Belajar secara mengikut  mood
v. Mudah mengalihkan perhatian kepada perkara lain selain pembelajaran.
vi. Tidak peka  pada   teguran
vii.  Enggan   menerima   nasihat.
vii. Suka menangguhkan kerja.
viii. Malas  berusaha.
xi. Menyerah kepada nasib semata-mata.

3. PENGURUSAN MASA

i. Perencanaan masa
Rahsia orang yang berjaya adalah pengurusan masa yang cekap bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan.

ii. Perencanaan masa secara realistik.
Pelajar harus mengetahui kegiatan dan masa yang diambil untuk melakukan aktivitinya setiap hari.
Cara yang boleh dilakukan ialah dengan mencatatkan setiap kegiatan dalam tempoh seminggu.
Sekiranya sesuatu perancangan tidak realistik, pelajar boleh mengubahnya.
Umpamanya, jika waktu makan dijadualkan 15 minit,  tetapi pelajar mengambil 30 minit, ia tentu menjejaskan kegiatan lain seperti berehat atau bermain. Oleh itu, pelajar harus mengubahnya, sesuai dengan keperluan.

iii. Mengoptimumkan perencanaan
Pelajar mesti mengambil kira bila dirinya cergas serta bersedia untuk belajar dia bila pula dia memerlukan rehat.
Kajian ahli psikologi mendapati kitaran masa terbaik untuk pembelajaran adalah satu jam belajar dan 10 minit rehat.

iv. Masa Menunaikan  Ibadat
Pelajar  yang  berjaya, perlu  memperuntukan  masa  untuk  melaksanakan  ibadat, seperti  solat Fardu, solat sunat, membaca  Al-Quran  dan  berzikir.

4. PENUMPUAN
Kurang penumpuan boleh menyebabkan pembaziran masa.  Sebaik-baiknya jangan berbelah bahagi perhatian otak sehingga menjejaskan tumpuan.

i. Tubuh yang segar
Tumpuan boleh terjejas jika pelajar berada dalam keadaan tidak sihat atau lapar. Pelajar  perlu tidur dan rehat yang cukup.

ii. Mengantuk
Ramai pelajar masih mengantuk walaupun mempunyai masa tidur yang cukup. Jalan terbaik ialah dengan melawan perasaan mengantuk itu. Antara caranya ialah dengan tidur sekejap untuk menjadi badan segar semula.
Mungkin juga anda boleh bersenam sebentar, bergantung kepada kesesuaian diri.
Jangan cuba atasi masalah ini dengan mengambil ubat atau pil.  Pelajar boleh membahagikan waktu pembelajaran antara matapelajaran yang diminati dengan yang tidak diminati.

iii. Kelesuan fikiran
Perasaan ini berpunca daripada rasa bosan yang lazim dilalui ketika belajar atau membaca.
Ia boleh diatasi dengan menukar kegiatan seperti membaca majalah. Jika percubaan itu berjaya, ertinya dia lesu kerana bosan.

5. BERDOA
Ada  sebilangan  pelajar  hanya  berdoa  ketika  tertentu  sahaja  semasa  belajar, Amalan  sedemikian  adalah  salah. Kita hendaklah  sepanjang  masa  berdoa  sebelum  membuat  suatu  aktiviti. Sekurang - kurangnya  menyebut  بسم الرحمن  الرحيم   sebelum  melakukan  aktiviti  yang  baik  dan   bermanfaat. Semoga  aktiviti  yang  dilakukan  diberkati  dan  diredhai Allah  s.w.t.


6. ISTIQAMAH
Mengulangkaji  perlu  dilakukan  secara  Istiqamah  (berterusan), walaupun  sedikit. Pelajar  yang  berazam  untuk  berjaya  perlu istiqamah  dalam  belajar. Sekurang - kurangnya 4 - 5 jam  sehari. Masa  belajar  dipertingkatkan  apabila  menjelang hari  peperiksaan  9 - 10 jam  sehari.


7.  PELBAGAIKAN  AKTIVITI  BELAJAR
Pelajar  perlu  mempelbagaikan  antiviti  belajar  dan  mengulangkaji. Antaranya  adakan rakan belajar, belajar secara kumpulan, perbincangan, latihan, membuat nota, menjawab kuiz  dan  lain - lain  lagi.  Dengan  ini, pembelajaran  lebih  menarik  dan  berkesan.

SELAMAT  BERAMAL   SEMOGA   BERJAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan